Skip to main content

Ketika acara State of Play awal pagi hari ini, Sony telah mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan berkas PlayStation 4 Pro Death Stranding yang menyertakan konsol rekaan khas.

Kini, SIE telah mengesahkan yang berkas tersebut akan dipasarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1799. Ia akan dikeluarkan dengan jumlah yang terhad.

Berkas ini akan menyertakan konsol PlayStation 4 Pro dan Dualshock 4 dengan rekaan khas bersama dengan permainan Death Stranding versi fizikal.

Selain itu ia juga menyertakan barangan yang boleh dimuat turun seperti tema dinamik, PSN Avatar, dan pelbagai barangan di dalam permainan. Ia akan dipasarkan bermula 8 November 2019 di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dan Sony.

Leave a Reply