Hazelight Studios iaitu pembangun buat permainan koperasi A Way Out hari ini berkongsi di akaun Twitter mereka yang mana permainan A Way Out yang dilancarkan tahun lepas telah terjual sebanyak 2 juta salinan.

Sebelum ini, kami berkongsikan yang mana permainan tersebut telah terjual sebanyak 1 juta salinan selepas dua minggu ianya dilancarkan dan selang setahun lebih kemudian, tampaknya nilai tersebut bertambah sehingga 2 juta salinan.

Semestinya ini merupakan satu berita yang sangat menggembirakan buat pembangun memandangkan permainan tersebut bukan sahaja memerlukan ia dimainkan dengan dua orang pemain, malah ianya juga merupakan salah satu konsep permainan yang sangat menarik oleh Josef Fares.

Selain itu, Hazelight Studios juga menyatakan bahawa mereka kini juga sedang membangunkan permainan koperasi seterusnya dan seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan tersebut mungkin akan diterbitkan oleh Electronic Arts sekali lagi.

A Way Out telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC tahun lepas. Kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya dan anda boleh membaca ulasan penuh permainan tersebut di bawah.

Sohor Kini