Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Seterusnya Dari Studio A Way Out Akan Turut Diterbitkan Oleh EA

Permainan Seterusnya Dari Studio A Way Out Akan Turut Diterbitkan Oleh EA

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Pengarah Hazelight Studios Josef Fares tidak asing dari memuji EA iaitu penerbit permainan terbaru mereka A Way Out. Sebelum ini beliau menyatakan walaupun ramai yang tidak menyukai EA, akan tetapi mereka sangat membantu dalam pembangunan permainan A Way Out.

Tampaknya perhubungan tersebut akan berterusan, berdasarkan temubual beliau bersama Eurogamer,permainan seterusnya dari Hazelight Studios akan turut diterbitkan oleh EA. Beliau menambah dia memahami kehendak perniagaan EA akan tetapi EA juga memahami mereka tidak boleh menukar visi permainan mereka.

Beliau juga mengatakan permainan tersebut masih di peringkat awal pembangunan dan baru bermula beberapa bulan lepas dan menjangkakan akan mula membangun secara sepenuhnya dalam masa 4 minggu dari sekarang.

Mengenai jangka masa, beliau mengatakan akan mengambil 3 atau 4 tahun sebelum mereka dapat memperlihatkan sesuatu daripada permainan ini. Mengenai durasi yang sebelum ini beliau mengatakan tidak seharusnya dijadikan sebagai ciri penilaian, permainan seterusnya akan lebih panjang berbanding A Way Out tetapi kerana ia bersesuaian dengan permainan tersebut.

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada Josef Fares dan studio beliau Hazelight Studios untuk permainan terbaru mereka ini.


TIPS & ULASAN