Skip to main content

Apabila Josef Fares mengumumkan yang pemain hanya perlu membeli satu salinan sahaja untuk bermain A Way Out dengan rakan kami terfikir ada dua kemungkinan iaitu pertama pemain akan lebih berminat untuk membelinya kerana harga berpatutan dan kedua jualan berkurang kerana melalui satu pembelian dua pemain yang dapat main.

Nampaknya kesannya adalah yang pertama, melalui kuciran di akaun twitter Hazelight Studio, mereka mengumumkan selepas 2 minggu dikeluarkan A Way Out sudah terjual lebih 1 juta unit.

Pengalaman yang unik mungkin menjadi sebab utama permainan ini mendapat hasil jualan yang baik. Walaupun mempunyai beberapa kekurangan tetapi kami sangat menyukai permainan ini, anda boleh baca ulasan penuh kami untuk A Way Out melalui pautan ini.

Apapun kami ingin mengucapkan tahniah kepada Josef Fares dan juga Hazelight Studio untuk kejayaan ini. Kami juga ingin memuji EA kerana banyak membantu dalam pembangunan permainan ini.

Leave a Reply