Netflix Akan Hadir Dengan Lebih Banyak Siri Anime

Netflix adalah antara platform penstriman siri TV, filem dan banyak lagi rancangan yang popular. Jika anda perasan, sejak kebelakangan ini – mereka hadir dengan banyak pilihan animw. Kelak, Netflix akan teruskan lagi dengan menawarkan lebih banyak kandungan siri anime.

Jika sebelum ini Netflix bekerjasama dengan Production I.G dan bones, baru-baru ini Netflix tambah lagi rakan kerjasama mereka bersama Anima, Sublimation, dan David Production. Setiap syarikat produksi ini akan menghasilkan siri anime khas untuk Netflix dalam kategori Netflix Originals. Melalui kerjasama ini, kelak akan terdapat enam siri anime baru yang bakal disiarkan dalam Netflix. Anime-anime berikut akan kami jelaskan di bawah;

1. Altered Carbon: Resleeved – anima Inc

Siri ini akan berdasarkan siri Altered Carbon aksi-nyata yang hadir ke Netflix pada tahun lepas. Musim kedua buat siri aksi-nyata sudah pun dalam pembangunan dan siri anime ini pula akan menjelajah elemen-elemen baru dan cerita mitos yang baharu.

2. Dragon’s Dogma – Sublimation Inc.

Tengah hari tadi, telah kami tulis mengenai siri ini. Siri ini akan berasaskan permainan RPG dunia terbuka, Dragon’s Dogma dari CAPCOM. Ia mengisahkan seseorang yang ingin membalas dendam kerana seekor naga mencuri jantngnya. Dalam perjalanan pengembaraan beliau, beliau dilahirkan semula sebagai ‘Arisen’ dan akan dicabar oleh syaitan mewakili Seven Deadly Sins.

3. SPRIGGAN – David Production Inc.

Satu anime baru asli berasaskan manga yang dihasilkan oleh Hiroshi Takashige dan ilustrasi oleh Ryoji Minagawa. Ia adalah satu kisah sains fiksyen mengenai jejaka dengan kuasa luar biasa yang ingin menewaskan hantu dari zaman dahulu.

4. Ghost in the Shell: SAC _2045 – Production I.G, Inc.

Siri ini adalah sekuel buat siri Ghost In The Shell SAC dengan bentuk animasi 3DCG. Siri yang bakal tiba ke Netflix ini juga merupakan siri Ghost In The Shell pertama yang diarahkan oleh dua pengarah; Kenji Kamiyama dan Shinji Aramaki, di mana mereka berdua ini juga merupakan pengarah anime Ultraman yang bakal tiba ke Netflix April kelak.

5. Vampire in the Garden – WIT STUDIO

WIT STUDIO hadir dengan siri asli baharu mengisahkan dua gadis bernama Momo dan Fine; di mana ia adalah mengenai persahabatan antara manusia dan puntianak yang berkait dengan kuasa dan muzik.

6. Super Crooks – bones.inc

Ingat lagi filem Kick Ass dan Wanted? Mark Millar dan Leinil Francis Yu yang pernah bertanggungjawab atas dua filem ini kini hadir dengan anime baru. Ia satu kisah jenayah ngeri yang bertemu dengan kuasa ghaib.

Sohor Kini