Informasi Permainan Video Terkini
Animasi Bersiri Dragon’s Dogma Diumumkan Oleh Netflix

Animasi Bersiri Dragon’s Dogma Diumumkan Oleh Netflix

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Dragon’s Dogma merupakan permainan dunia terbuka RPG oleh Capcom yang sangat terkenal dan ianya juga di arah oleh Hideaki Itsuno, iaitu juga pengarah untuk siri Devil May Cry. Permainan tersebut sebelum ini juga menerima versi pernambah-baikkan iaitu Dragon’s Dogma: Dark Arisen dimana ianya dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One.

Terkini, dengan kerjasama bersama Netflix dan Sublimation Inc, mereka mengumumkan bahawa animasi bersiri khas Dragon’s Dogma bakal dihasilkan. Namun, buat masa ini informasi lanjut tidak diumumkan termasuklah tarikh pelancaran ataupun sebarang imej.

Menurut Sublimation Inc, mereka akan menghasilkan animasi tersebut yang mana akan menyertakan bentuk animasi secara Cel Shaded dan juga bentuk tekstur lukis tangan. Pengarah daripada studio tersebut juga menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk membawa siri tersebut untuk peminat siri anime secara global dengankerjasama Netflix ini.

Siri animasi Netlflix Dragon’s Dogma ini akan memfokuskan pengembaraan seorang lelaki yang ingin membalas dendam terhadap seekor naga yang mencuri jantungnya. Pada masa yang sama, beliau juga dicabar oleh syaitan-syaitan dan animasi ini akan memfokuskan bentuk aksi pengembaraan.

Sememangnya ini merupakan satu pengumuman yang sangat menarik dan berdasarkan sinopsis penceritaannya, tampaknya plot penceritaannya juga adalah seakan permainan asal Dragon’s Dogma. Sudah pasti kami akan mengemaskini setelah mendapat sebarang pengumuman baharu kelak.

Disamping dengan pengumuman ini, Netflix juga mengumumkan sebilangan animasi dengan kerjasama dengan sebilangan studio-studio produksi lain seperti animasi Ghost In The Shell, Altered Carbon dan sebagainya.


TIPS & ULASAN