Pada bulan November tahun lepas, telah kami kongsikan video acah filem animasi Ultraman dalam siri Netflix Original yang akan disiarkan pada tahun ini. Hari ini, video acah baru dan tarikh siaran telah diperlihatkan.
Filem ini mengisahkan Shinjiro Hayata yang mewarisi kuasa Ultraman daripada beliau. Kuasa ini adalah melalui kostum khas yang dinamakan Ultra Suit. Beliau bukan sahaja mewarisi kuasa Ultraman, tetapi turut bertanggungjawab untuk memikul segala bebanan sebagai seorang Ultraman. Filem animasi Ultraman ini adalah adaptasi daripada manga Ultraman terbaru, hasil karya Eiichi Shimizu and illustrator Tomohiro Shimoguchi.
Ultraman generasi baru ini bukanlah bersaiz gergasi seperti yang kita kenal, tetapi bersaiz manusia – seperti Iron Man. Menurut Netflix, filem adalah sekuel kepada siri Ultraman asal yang diperkenalkan pada tahun 1966. Filem ini dihasilkan oleh syarikat produk Jepun, Production I.G. yang turut bertanggungjawab menghasilkan anime Godzilla, Attack On Titans dan banyak lagi anime hebat.
Ia akan disiarkan di Netflix bermula 1 April 2019 ini. Sama-sama kita nantikan.