Eric Jacobus iaitu seorang Stuntman dan Youtuber yang terkenal dengan seni pertahankan diri, kini berkongsi informasi terbaru buat permainan God Of War yang mana beliau terlibat dengan penangkapan gerakkan buat pertempuran bagi permainan tersebut.
Melalui video tersebut, beliau menyatakan bagaimana beliau terlibat dengan pembangunan permainan tersebut dimana beliau menghantar video ujibakat. Eric Jacobus juga menyatakan penglibatan beliau di dalam permainan tersebut juga merupakan satu mimpi kenyataan bagi beliau.
God Of War adalah permainan aksi pengembaraan seterusnya buat siri tersebut yang bakal diolah semula dengan mitologi Norse. Bagi anda yang berminat untuk menonton temu bual bersama Aaron Kaufman, iaitu pengurus komuniti bagi permainan God Of War dimana beliau berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan tersebut, anda boleh menontonnya di sini. Kami juga berkongsi 5 perubahan utama bagi permainan God Of War yang sememangnya membuat siri permainan tersebut menjadi lebih baik.
God Of War akan tiba pada 20 April ini secara ekslusif buat konsol Playstation 4. Ia akan dijual dengan harga bermula RM209 sehingga RM549 untuk Collector Edition melalui pengedar rasmi Playstation. Manakala berkas Playstation 4 Pro juga diumumkan dimana anda boleh mengetahuinya lebih lanjut di artikel ini.