Activision hari ini mengumumkan pek DLC terbaru untuk Call of Duty: WWII yang dipanggil The War Machine akan dikeluarkan pertamanya untuk Playstation 4 pada 10 April nanti buat masa ini tiada tarikh yang dikeluarkan untuk Xbox One dan juga PC.

Pek DLC ini merupakan yang kedua selepas pek DLC pertama The Resistance dikeluarkan pada 30 Januari 2018. Melalui pek DLC ini pemain akan mendapat peta baru iaitu Dunkirk, makmal roket V2 Jerman, dan juga Egpyt.

Selain itu dengan kerjasama bersama Raven Software, DLC ini juga menambah mod perang baru iaitu Operation Husky yang menambah teknik permainan baru iaitu pertempuran di udara dan juga penceritaan baru untuk mod Nazi Zombies.

Pemain yang memiliki pas semusim akan mendapat pek DLC ini dan jika anda ingin membelinya secara berasingan buat masa ini tidak disenaraikan lagi tetapi berdasarkan pek DLC sebelum ini harga untuk DLC ini adalah RM63.

Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh, anda boleh membaca ulasan permainan ini disini dan kami juga meletakkan permainan Call Of Duty: WWII di tangga ke-4 bagi permainan Playstation 4 terbaik bagi tahun 2017.

Sohor Kini