HoYoverse telah mengumumkan Zenless Zone Zero bakal menerima kemas kini Versi 3.0 bertajuk “A Sleepwalker’s Confession” pada 17 Jun 2026. Pelancaran yang menandakan bermulanya Musim 3 ini akan memperkenalkan kawasan baharu, watak percuma, serta ketersediaan permainan tersebut di platform Steam dengan sokongan perkongsian data merentas platform.

Sebagai ganjaran pelancaran Versi 3.0, HoYoverse akan memberikan Ejen Pyrois daripada paksi Phaethon dan pakaian Proxy bertemakan Musim 3 secara percuma kepada semua pemain yang menyelesaikan jalan cerita utama. Segala Mindscapes dan W-Engine eksklusif untuk Pyrois juga akan diberikan secara percuma dalam versi akan datang. Selain itu, pemain bakal menerima ganjaran keseluruhan sebanyak 1,600 Polychromes, dengan 600 dituntut pada hari pelancaran dan baki 1,000 pada 4 Julai sempena ulang tahun kedua permainan. Ciri ‘Advance Screening’ turut diperkenalkan bagi membolehkan pemain melompat terus ke jalan cerita Musim 3.

Dalam Versi 3.0, jalan cerita utama akan membawa pemain ke kawasan larangan pulau terapung bernama Roscaelifer atas jemputan Datuk Bandar New Eridu untuk merawat tenaga Ether yang tidak terkawal. Pemain akan dibimbing oleh Velina, Pengarah Pentadbiran Jabatan Strategi Luaran (ESD), dan mula membongkar rahsia kuasa Pyrois dalam diri mereka. Plot kali ini turut melibatkan kontroversi cip Bangboo ESD, insiden letupan kendiri Bangboo, gangguan anomali di Hollow Energy Hub, serta kemunculan semula kelibat Void Hunter generasi pertama, Remielle Dan.

Kawasan Roscaelifer menawarkan pelbagai lokasi baharu seperti kedai biskut Roarin’ Brekkies, Spotlight Theater yang menampilkan persembahan Bangboo, dan bas langit yang boleh dipanggil pada waktu tertentu. Pemain kini boleh menggunakan ‘Universal Terminal’ untuk mengawal kamera pengawasan dalam mod pandangan pertama serta mengemudikan dron bersama Eous. Di Scamall Hollow, pemain boleh menggunakan pengangkutan ‘Aerial Transit’ laju melalui kebolehan pergerakan ruang Pyrois untuk menyelesaikan anomali ‘Singularity Leakage’. Sistem koleksi baharu bernama ‘Interboo’ juga akan merekodkan segala penemuan pemain untuk ditukarkan kepada Polychromes.

Dua Ejen S-Rank baharu akan diperkenalkan secara berturutan. Watak pertama ialah Velina, Ejen Anomaly atribut Wind pertama dalam permainan yang mampu mencetuskan status ‘Windswept’ dan kesan ‘Vortex’ untuk menghasilkan kerosakan kawasan (AoE) apabila digabungkan dengan atribut Anomaly lain. Watak kedua ialah Norma, Ejen Stun atribut Fire yang bertindak sebagai Ketua Juruteknik ESD. Mekanik pertempuran Norma membolehkannya mengumpul ‘Preheated Chamber’ menggunakan topinya untuk menukar ‘Quick Assist’ rakan sepasukan menjadi ‘Chain Attack’. Ejen Ye Shunguang dan Sunna turut kembali bersama W-Engine eksklusif masing-masing.

Kemas kini ini turut menambah mod permainan kekal baharu. “Bangbang! The Genius and the Miracle Chip” memerlukan pemain melatih skuad ‘Collaboorator’ untuk membaiki ‘Central Computing Hub’ dan menyelesaikan misi penyelidikan cip. Mod pertempuran kekal “Annihilation Simulacrum” pula menyediakan cabaran Boss tahap tinggi tanpa sebarang kelemahan atau rintangan elemen. Acara masa terhad yang menyusul akan menawarkan ganjaran seperti Tuning Calibrator, W-Engine, Polychromes, dan set Drive Disc baharu. Kostum Velina, “Shade of Leisure”, juga akan mula dijual.

Dari segi pengoptimuman sistem, fungsi ‘Drive Disc Smart discard’ diperkenalkan untuk pelupusan Drive Disc secara pukal, manakala antaramuka ‘Drive Disc Tuning’ kini akan mengutamakan set yang serasi dengan pelan latihan aktif. Aksesori pakaian protagonis seperti hiasan kepala, hiasan rambut, anting-anting, dan cermin mata kini dipisahkan untuk dipadankan secara bebas bagi semua pakaian. Khusus untuk platform PC, naik taraf visual membawakan teknologi real-time global illumination berasaskan ray-tracing, yang disokong oleh DLSS Super-Resolution dan Frame Generation untuk prestasi yang lebih lancar.

Zenless Zone Zero sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply