Informasi Permainan Video Terkini
Activision Mengumumkan DLC Pernambahan Pertama Buat Permainan Call Of Duty: WWII – Bakal Tiba 30 Januari 2018
PC

Activision Mengumumkan DLC Pernambahan Pertama Buat Permainan Call Of Duty: WWII – Bakal Tiba 30 Januari 2018

Diterbitkan pada Dis 29, 2017 oleh .

Minggu ini, Activision dan Sledgehammer Games akhirnya mengumumkan DLC Pernambahan pertama buat permainan Call Of Duty: WWII yang mana ia akan dilancarkan bermula 30 Januari ini di konsol Playstation 4 dan diikuti konsol Xbox One dan PC.

Menurut Activision, pernambahan DLC ini akan menyertakan tiga kawasan terbaru buat mod multi-pemain termasuklah kawasan terbaru bagi mod War, Operation Intercept dan juga bahagian seterusnya untuk mod Zombi, The Darkest Shore. Tiga kawasan terbaru tersebut adalah Antropoid, Occupation dan Valkyrie.

Kelima-lima kandungan ini akan disertakan bersama bagi mereka yang membeli pas musim permainan tersebut. Anda juga boleh membeli secara berasingan melalui PSN Store, Microsoft Store dan juga Steam.

Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh, anda boleh membaca ulasan permainan ini disini dan kami juga meletakkan permainan Call Of Duty: WWII di tangga ke-4 bagi permainan Playstation 4 terbaik bagi tahun 2017.