Skip to main content

Pillars of Eternity 2: Deadfire akan dikeluarkan pada 8 Mei 2018 selepas tertunda daripada tarikh asal iaitu 3 April 2018. Hari ini Obsidian mengeluarkan trailer terbaru yang menunjukkan beberapa teknik permainan yang terdapat di dalam permainan ini.

Melalui trailer ini mereka memperlihatkan teknik permainan seperti rekaan dunia, pertempuran, pengembaraan, perkembangan watak, mengurus kapal dan juga pelayaran menggunakan kapal. Dari trailer ini jelas banyak teknik permainan baru yang ditambah berbanding Pillar of Eternity yang pertama.

Pillars of Eternity 2: Deadfire kini boleh di pra-tempah melalui Steam dengan harga serendah RM80. Buat masa ini permainan ini hanya dikeluarkan untuk PC akan tetapi berdasarkan ura-ura ia turut akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Leave a Reply