Informasi Permainan Video Terkini
Pillars of Eternity II: Deadfire Tertunda Ke 8 Mei 2018
PC

Pillars of Eternity II: Deadfire Tertunda Ke 8 Mei 2018

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Kami sebelum ini melaporkan Pillars of Eternity II: Deadfire boleh di pra-tempah dan akan dikeluarkan pada 3 April 2018. Obsidian hari ini mengatakan yang permainan ini akan ditunda selama sebulan dan tarikh baru pengeluaran adalah pada 8 Mei 2018.

Obsidian mengatakan keputusan ini dibuat kerana mereka ingin menambah-baik permainan ini sebelum dikeluarkan. Pillars of Eternity II merupakan permainan bergenrekan Classic RPG (CRPG) dan sambungan kepada Pillars of Eternity yang dikeluarkan pada 2015.

Walaupun agak kecewa dengan penundaan ini akan tetapi memberi lebih masa untuk kami bermain permainan lain kerana permainan ini semestinya akan mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.


TIPS & ULASAN