Skip to main content

Pillars of Eternity II: Deadfire merupakan permainan bergenrekan classic RPG (CRPG) dan sekuel kepada Pillars of Eternity yang dikeluarkan pada 2015. Seperti Pillar of Eternity, Deadfire juga menggunakan crowdfunding sebagai cara untuk mengumpul dana.

Deadfire akan dikeluarkan pada 4 April dan hanya untuk PC tetapi hari ini Obsidian mengumumkan yang Deadfire boleh mula di pra-tempah di hampir kesemua kedai di atas talian seperti Steam, GOG dan juga kedai mereka sendiri Obsidian.net manakala untuk versi fizikal juga boleh di pra-tempah di kedai-kedai yang menawarnya.

Deadfire merupakan sekuel yang dinanti ramai kerana kejayaan Pillar of Eternity, ini dapat melihat melalui kutipan dana untuk permainan ini. Dari $1.1 juta yang diminta mereka berjaya mengutip $4.4 juta.

Jika anda pra-tempah permainan ini anda akan mendapat barangan di dalam permainan iaituv St Drogga’s Skull, Beakhead – the White Hawk Pet, dan juga The Black Flag.

Ada tiga edisi untuk permainan ini iaitu edisi biasa berharga (di Steam) RM80.00, edisi Deluxe berharga RM95.00 yang mengandungi soundtrack, barangan di dalam permainan, guidebook digital dan juga peta digital manakala edisi Obsidian yang berharga RM120.00 mengandungi kesemua barangn seperti edisi Deluxe dengan penambahan tiga DLC.

Walaupun kami tidak menggalakkan pra-tempah permainan sebelum ulasan dikeluarkan tetapi berdasarkan Pillar of Eternity yang pertama kami pasti permainan ini sangat berbaloi terutama dengan harga yang tidak terlalu mahal.

[download]Steam: Pillars of Eternity II: Deadfire[/download]

Leave a Reply