Skip to main content

Pillars of Eternity II: Deadfire akan dikeluarkan untuk PC pada 4 April dan sudah boleh di pra-tempah di Steam dan tiada pengumuman rasmi sama ada permainan ini akan mengikut Pillars of Eternity pertama yang juga dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Game informer hari ini melaporkan Deadfire untuk versi konsol sedang dibangunkan oleh Red Cerberus. Apa yang menarik, selain daripada PlayStation 4 dan Xbox One dikatakan juga Nintendo Switch juga akan menerima permainan ini.

Buat masa ini tiada pengeasahan dari Obsidian, kami akan kemaskini apabila menerima maklumat tambahan.

Leave a Reply