Informasi Permainan Video Terkini
Acara Nindies Showcase Spring 2018 Akan Berlangsung Pada 21 Mac

Acara Nindies Showcase Spring 2018 Akan Berlangsung Pada 21 Mac

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Acara Nindies Showcase merupakan rancangan khas oleh Nintendo seakan Nintendo Direct akan tetapi fokus untuk memperlihatkan permainan dari pembangun indie bagi Nintendo Switch. Pada acara terakhir Nindies iaitu 30 Ogos tahun lepas, Nintendo memperlihatkan 20 permainan untuk Switch.

Nintendo mengumumkan Nindies Showcase terbaru akan berlangsung pada 21 Mac 2018 12 Pagi dan anda boleh menontonnya di laman Nintendo ataupun Youtube. Antara permainan yang dijangkakan akan diperlihatkan adalah Runner3 yang akan dikeluarkan pada 22 Mei 2018.

Pembangun indie semakin menjadikan Switch sebagai platform pilihan mereka dan ditambah lagi Nintendo melalui eShop tidak membezakan antara permainan AAA dan permainan indie. Kami semestinya akan kemas kini mengenai permainan yang diperlihatkan pada acara ini. Jika anda berminat untuk menontonnya anda boleh menggunakan video di bawah untuk membuat peringatan.