Informasi Permainan Video Terkini
Runner3 Akan Dikeluarkan Untuk PC dan Switch Pada 22 Mei 2018

Runner3 Akan Dikeluarkan Untuk PC dan Switch Pada 22 Mei 2018

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang pembangunan untuk Runner3 sudah diselesaikan dan akan dikeluarkan pada awal tahun ini. Hari ini, Nicalis iaitu penerbit untuk permainan ini mengumumkan melalui video yang Runner3 akan dikeluarkan untuk PC dan Switch pada 22 Mei 2018.

Permainan ini akan dikeluarkan secara digital dan juga fizikal untuk Switch. Versi fizikal selain daripada permainan turut akan mendapat buku panduan, CD untuk muzik latar dan PVC Character Strap. Buat masa ini harga masih tidak diumumkan.


TIPS & ULASAN