Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo eShop Tidak Memberi Layanan Berbeza Antara Permainan Indie dan AAA

Nintendo eShop Tidak Memberi Layanan Berbeza Antara Permainan Indie dan AAA

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

Entertainment Station baru-baru ini menemubual Yusuke Soejima dan Park Masashi dari Nintendo yang bertanggungjawab untuk membantu pembangun indie yang ingin membawa permainan mereka ke Switch. Temubual ini diterjemahkan oleh ahli resetERA Fukuzatsu.

Menurut mereka Nintendo tidak memberi layanan yang berbeza untuk permainan indie ataupun AAA. Bahkan permainan ini disenaraikan bersama di dalam eShop tanpa sebarang perbezaan. Nintendo tidak akan mengutamakan sesuatu permainan tidak kira permainan indie ataupun permainan AAA.

Tambah mereka lagi, mengasingkan indie kepada satu kumpulan khas boleh memberi kesan yang negatif untuk permainan indie. Sebagai contoh, jika eShop mempunyai senarai khas untuk permainan indie, dikhuatiri ramai yang menganggap kesemua permainan di dalam senarai itu tidak berkualiti. Secara tidak langsung mengurangkan minat dari pemain.

Bagi mereka permainan indie dan AAA memainkan peranan yang sama penting untuk perkembangan Switch. Ini adalah sesuatu yang baik untuk pembangun indie, tetapi bagi kami apabila eShop menerima lebih banyak permainan senarai akan menjadi terlalu banyak untuk permainan indie menyerlah. Mungkin Nintendo akan menyelesaikannya dengan cara yang berbeza.


TIPS & ULASAN