Bersempena dengan ulang tahun pertama bagi permainan NieR: Automata, Yoko Taro pengarah permainan tersebut hari ini mengumumkan bahawa Square-Enix akan mengadakan acara khas bagi peminat buat permainan tersebut.N

Sejak pelancaran permainan tersebut tahun lepas, NieR: Automata telah terjual secara digital melebihi 2 juta salinan dan ia mendapat pelbagai pujian oleh peminat. Tambahan juga pada tahun lepas, pengasas Platinum Games, Hideki Kamiya juga menyatakan bahawa permainan tersebut telah menyelamat syarikat tersebut dengan sokongan yang diberikan oleh peminat.

Namun begitu, buat masa ini Yoko Taro mahupun Square-Enix masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan acara tersebut. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsinya apabila mereka mengumumkannya kelak.

Bagi mereka yang masih belum bermain permainan NieR: Automata, ia telahpun dilancarkan di Playstation 4 dan PC melalui Steam. Tambahan juga, bagi mereka yang berminat untuk bermainnya di PC, bermula hari ini sehingga 15 Mac ini, permainan tersebut dijual dengan harga 50% diskaun iaitu hanya RM124.50 berbanding harga asalnya RM249. Bagi jualan promosi di Playstation 4, ia baru sahaja tamat pada 8 Mac lepas.

Sohor Kini