Skip to main content

NieR:Automata (Nier) dikeluarkan pada 23 Februari tahun lepas di Jepun dan hari ini merupakan ulang tahun pertama pengeluaran untuk permainan ini. Bersempena ulang tahun ini Nier dijual dengan potongan harga sebanyak 50% menjadikan harga sekarang adalah RM108.

Semasa penulisan ini, versi PC tidak mendapat potongan harga ini dan kemungkinan besar promosi ini eksklusif untuk Playstation Store akan tetapi versi PC dikeluarkan lebih lambat iaitu pada 18 Mac.

Nier merupakan permainan aksi dan juga RPG yang mendapat pujian yang tinggi dari pemain dan juga industri kerana aksi pertempuran dan juga penceritaan yang menarik. Permainan ini juga baru sahaja menerima Anugerah RPG terbaik semasa Anugerah DICE ke 21.

[info]Playstation Store: NieR:Automata[/info]

Leave a Reply