Skip to main content

Platinum Games merupakan pembangun permainan yang terkenal dengan siri permainan aksi Bayonetta dan NieR. Baru-baru ini hasil kerjasama mereka bersama Microsoft untuk permainan Scalebound dibatalkan dan juga permainan Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant in Manhattan dihentikan jualan di beberapa kedai atas-talian seperti Steam dan juga PSN Store. Sekaligus memberi cabaran yang besar untuk tahun ini kepada syarikat Platinum Games.

Walaubagaimanapun, pada 23 February yang lepas, permainan hasil kerjasama antara Platinum Games dan Square-Enix serta di arah oleh Yoko Taro, NieR: Automata, membawa hasil yang lumayan dengan jumlah jualan 1.5 juta unit terjual setakat Mei yang lepas. Justeru membuatkan Platinum Games kembali bertapak dengan kukuh di industri permainan video.

Hideki Kamiya, salah seorang pengasas Platinum Games berkongsi di Twitter, “Kejayaan NieR: Automata hari ini memberi Platinum Games peminat baru, penambahan staf sokongan sekaligus memberi peluang pekerjaan yang luas dan juga pelbagai kebaikkan tambahan”. Beliau juga menyatakan “Selalunya, beliau melakukan pelbagai tugas untuk membangunkan permainan, dan untuk menyatakan Yoko Taro menyelamatkan Platinum Games bukanlah sesuatu yang keterlaluan. Saya tak boleh berterima kasih secukupnya kepada beliau”.

Kejayaan NieR: Automata sememangnya memberi impak yang bagus dan kami di Aksiz juga berminat dengan permainan tersebut. Kami berharap Platinum Games akan teruskan dengan pelbagai permainan pada masa akan datang.

Leave a Reply