Informasi Permainan Video Terkini
NieR: Automata Telah Terjual Lebih 2 Juta Salinan Buat Masa Ini
PC

NieR: Automata Telah Terjual Lebih 2 Juta Salinan Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Sep 23, 2017 oleh .

NieR: Automata merupakan salh satu permainan yang telah dilancarkan pada tahun ini oleh Square Enix. Ia sebelum ini telah mencapai angka 1 juta salinan pada bulan April yang lepas, dan kini selang 5 bulan, Square Enix mengumumkan yang mana kini jumlah keseluruhan jualan telah mencapia lebih 2 juta salinan seluruh dunia.

NieR: Automata pada awalnya telah dilancarkan pada bulan Februari 2017 yang lepas, menawarkan permainan dibawah genre aksi dan RPG. Buat masa ini, ia ditawarkan untuk PC dan PlayStation 4.

Dengan populariti NieR: Automata, Square Enix dilihat sangat komited untuk siri permainan ini, dan dilihat sedang mengambil lebih ramai pekerja untuk bekerja dibawah projek berkaitan NieR. Tidak mustahil juga untuk kita melihat Square Enix untuk menawarkan permainan dibawah siri NieR untuk peranti mudah-alih dan sebagainya.