Skip to main content

Hari ini, penerbit permainan Dragon Ball FighterZ, Tomoko Hiroki berkongsi perancangan Bandai Namco buat kemaskini bagi permainan tersebut bagi bulan Februari dan Mac melalui video di saluran rasmi Youtube Bandai Namco.

Menurut Tomoko Hiroki, pihak Bandai Namco menyedari masalah sambungan atas-talian yang terdapat di dalam permainan Dragon Ball FighterZ yang mana mereka akan membaik-pulih di dalam masa terdekat ini.

Menurut beliau, kemaskini pertama akan dilakukan pada penghujung Februari, manakala kemaskini kedua akan dilakukan pada bulan Mac. Beliau menyatakan pembaik-pulih tersebut tidak akan menyelesaikan masalah secara menyeluruh dan mereka akan membaik-pulihnya secara berperingkat.

Ini merupakan tindakan yang baik oleh Bandai Namco kerana mengumumkan isu ini terhadap pemain kerana ramai pengguna PC menghadapi masalah ini berdasarkan ulasan di Steam. Masalah tersebut juga mungkin menjadi salah satu punca kenapa jumlah pemain permainan Dragon Ball FighterZ di PC berkurangan.

Namun, kami di Aksiz berharap agar Bandai Namco akan terus menyokong permainan tersebut dengan melakukan pelbagai kemaskini termasuklah kandungan tambahan bagi permainan tersebut dimana baru-baru ini mereka mengumumkan watak DLC pernambahan Broly dan Bardock bakal tiba di permainan tersebut.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel iniuntuk membacanya.

Leave a Reply