Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang baru dilancarkan pada hujung bulan lepas. Ia mendapat pelbagai pujian berkenaan bentuk permainannya yang pantas dan visual yang cantik. Namun, kini menurut laporan Githyp, permainan tersebut mengalami pengurangan jumlah pemain di PC sehingga 80%.

Ketika pelancaran, permainan tersebut mempunyai jumlah pemain aktif sehingga 44,300 pemain. Namun, kini pemain yang aktif di PC hanya melebihi 9000 pemain sahaja. Walaubagaimana pun, jumlah pemain tersebut hanyalah di platform PC sahaja.

Namun pengurangan ini bukan sesuatu yang asing, dimana permainan perlawanan Tekken 7 sebelum ini juga mengalami pengurangan pemain yang sama dalam tempoh masa dua bulan sejak pelancaran. Tetapi permainan Dragon Ball FighterZ tampaknya mengalami pengurangan yang agak drastik dengan hanya dua minggu sejak pelancaran sahaja.

Tetapi kami di Aksiz percaya bersempena dengan kandungan tambahan bagi permainan tersebut akan dilancarkan April ini, bersama dengan penyertaan permainan tersebut di acara kejohanan EVO 2018, kami percaya Dragon Ball FighterZ akan terus mendapat sambutan daripada peminat pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk membaca ulasan penuh bagi permainan Dragon Ball FighterZ, anda boleh membacanya disini.

Sohor Kini