Lanjutan daripada pengumuman watak DLC pernambahan yang diumum buat permainan Dragon Ball FighterZ minggu lepas, Bandai Namco akhirnya berkongsi video acah yang mempamerkan kedua-dua watak tersebut.
Namun, video acah dipertontonkan oleh Bandai Namco merupakan video yang agak pendek dan hanya mempamerkan adegan permulaan watak bersama sebahagian muzik latar sahaja. Tambahan juga, Bandai Namco juga masih belum mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan tersebut.
Walaubagaimana pun, watak-watak tersebut sememangnya bakal tiba melalui DLC pernambahan dimana pemain perlu membeli pas musim untuk mendapatkan watak tersebut. Bandai Namco masih belum mengumumkan bahawa watak tersebut boleh dibeli secara berasingan ataupun tidak.
Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.