Playground Games ketika Xbox Games Showcase telah menetapkan 23 Februari 2027 sebagai tarikh pelancaran rasmi untuk permainan Fable. Judul ini akan ditawarkan di platform XBOX Series serta PC, dan disertakan terus ke dalam langganan Game Pass dengan sokongan penuh untuk ekosistem XBOX Play Anywhere.

Pemain yang mendapatkan edisi Premium akan menerima akses awal untuk bermain bermula 18 Februari 2027.

Menerusi treler terbaharu, pendedahan yang paling menonjol adalah kepulangan Jack of Blades, salah satu watak antagonis paling legenda daripada siri asal Fable. Selain itu, satu watak baharu yang memegang peranan utama bernama Isabel, juga dikenali sebagai Hero of Wraithmarsh, turut diperkenalkan.

Isabel disuarakan oleh pelakon Hayley Atwell. Bekas anak murid kepada Guildmaster Humphry the Golden ini mempunyai sejarah silam yang tragis. Obsesinya untuk memperbetulkan pelbagai masalah dan ketidakadilan di dunia Albion secara perlahan-lahan telah mendorong watak ini ke arah kegelapan.

Leave a Reply