EVO 2018 iaitu satu lagi acara kejohanan e-sukan yang memfokuskan permainan perlawanan kini bakal kembali tahun ini pada Ogos 2018 ini dengan menyertakan lapan permainan yang akan dipertandingkan.

Acara tersebut akan diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat dan akan menyertakan dua permainan baru oleh Arc System Works iaitu Dragon Ball FighterZ dan juga permainan yang masih belum dilancarkan, iaitu BlazBlue: Cross Tag Battle.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan dipertandingkan:

  • Super Smash Bros. Melee
  • Super Smash Bros. Wii U
  • Dragon Ball FighterZ
  • BlazBlue: Cross Tag Battle
  • Guilty Gear Xrd Rev 2
  • Injustice 2
  • Tekken 7
  • Street Fighter V: Arcade Edition

Menariknya, antara permainan yang mendapat perhatian ketika EVO 2017, iaitu Marvel VS Capcom: Infinite tidak akan disertakan.

EVO 2018 akan berlangsung pada 3 sehingga 5 Ogos 2018 ini di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Sohor Kini