Skip to main content

Jika sebelum ini EA mengatakan yang kejayaan PUBG menjadikan mod battle royale sesuatu yang menarik tetapi pada masa sama mereka ingin mencipta teknik permainan tersendiri.

Hari ini perkara sama dikatakan oleh Take-Two yang bertanggungjawab menerbitkan permainan seperti GTA dan Red Dead. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif mereka Strauss Zelnick, mereka sedar kejayaan mod battle royale (merujuk kepada PUBG dan Fortnite) akan tetapi mereka akan terus memfokuskan kepada inovasi berbanding sekadar mengikut.

Akan tetapi beliau menambah jika ada permintaan dari pemain mereka, sudah semestinya mereka akan mencuba memberikan apa yang diminta. Kami tidak terkejut jika Take-Two melalui GTA dan juga Red Dead akan mempunyai mod battle royale di masa depan. GTA sekarang ini juga mempunyai mod yang lebih kurang iaitu Motor Wars.

Leave a Reply