Informasi Permainan Video Terkini
EA Memuji Kejayaan PUBG Dan Tidak Menolak Kemungkinan Mod Battle Royale Dimasukkan Ke Dalam Battlefield

EA Memuji Kejayaan PUBG Dan Tidak Menolak Kemungkinan Mod Battle Royale Dimasukkan Ke Dalam Battlefield

Diterbitkan pada Jan 31, 2018 oleh .

Ketua Pegawai Eksekutif EA Andrew Wilson mengatakan PUBG telah membawa sesuatu yang baru di dalam industri yang mengubah cara pemain bermain penembak pandang pertama. Tambah beliau, kejayaan ini harus dipuji dan melihat pencapaian Fornite jelas menunjukkan mod ini adalah sesuatu yang diinginkan oleh pemain.

Walaupun beliau tidak menolak kemungkinan mod battle royale untuk Battlefield akan tetapi mereka lebih berminat untuk mencari dan memperkenalkan cara baru untuk bermain, beliau juga mengatakan pasukan Battlefield akan terus berusaha untuk membawa pembaharuan kepada Battlefield.

Battlefield merupakan permainan yang sudah berjaya tanpa memerlukan mod battle royale berbeza dengan Fortnite. Bagi kami tidak mustahil andai EA menambah mod ini walaupun bukan sebagai mod permainan utama.


TIPS & ULASAN