Hari ini, Entertainment Software Rating Board (ESRB) baru sahaja menilaikan permainan Final Fantasy XV Royal Edition di laman rasmi mereka. Menurut laman tersebut, permainan tersebut dilabelkan untuk remaja dimana ia mempunyai sebilangan kandungan yang bersesuai untuk golongan lapisan umur tersebut.

Walaubagaimana pun, ESRB tidak menyertakan sebarang informasi lain berkenaan permainan tersebut yang mana pada pendapat kami, Final Fantasy XV Royal Edition mungkin adalah permainan Final Fantasy XV edisi lengkap yang menyertakan segala kandungan pernambahan DLC yang dilancarkan sebelum ini termasuklah Episode Ignis yang baru sahaja dilancarkan pada Disember lepas.

Dengan tertirisnya informasi ini, Final Fantasy XV Royal Edition juga mungkin kandungan terbaru yang dijanjikan oleh pengarah permainan tersebut, Hajime Tabata ketika ulang tahun pertama permainan tersebut pada 29 November lepas.

Final Fantasy XV merupakan permainan RPG pengembaraan yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Perkembangan daripada permainan tersebut, menghasilkan Final Fantasy XV Universe dengan pelbagai media dan juga permainan-permainan tambahan lain seperti filem Kingsglaive: Final Fantasy XV, anime Brotherhood: Final Fantasy XV, Monster Of The Deep: Final Fantasy XV dan sebagainya. Square-Enix juga bakal melancarkan Final Fantasy XV: Windows Edition dan Final Fantasy XV: Pocket Edition pada awal tahun 2018.

Sohor Kini