Final Fantasy XV Akan Hadir Untuk PC Pada Awal 2018

Hari ini, Square-Enix akhirnya mengumumkan permainan Final Fantasy XV bakal tiba di PC pada awal tahun 2018. Dengan kerjasama bersama Nvidia, Square-Enix mempertontonkan beberapa penaik-tarafan berbanding permainan asal FFXV, termasuklah dari segi visual dan juga penambahan mod penembak pandang pertama.

Square-Enix juga menyatakan Final Fantasy XV Windows Edition bakal disertakan kesemua penambahan pas musim yang disertakan di konsol secara percuma. Buat masa ini, Square Enix masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasminya. Walaubagaimanapun, Square Enix mengatakan ia akan ditawarkan melaui Origins dan juga Steam bagi memudahkan pengguna Windows memuat-turunnya.

Sohor Kini