Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Mempertontonkan Trailer Terbaru Final Fantasy XV Episode Ignis – Ignis Berupaya Untuk Memasak Ketika Bertempur

Square-Enix Mempertontonkan Trailer Terbaru Final Fantasy XV Episode Ignis – Ignis Berupaya Untuk Memasak Ketika Bertempur

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Bersempena dengan pelancaran DLC pernambah Episode Ignis yang bakal tiba 13 Disember ini, Square-Enix hari ini berkongsi trailer terbaru bagi permainan tersebut dengan berkongsi sebilangan kemahiran Ignis yang beliau boleh lakukan ketika bertempur.

Menariknya antara kemahiran Ignis yang terkenal di dalam permainan teras Final Fantasy XV adalah keupayaan beliau untuk memasak. Melalui kandungan DLC ini, Ignis berupaya untuk melakukan ‘Quick Recipeh’ dimana beliau boleh memasak secara pantas termasuklah ketika beliau sedang bertempur.

DLC Episode Ignis ini akan memfokus watak Ignis dimana pemain berupaya untuk menggunakan Ignis sebagai watak yang dimainkan sambil menyelami kisah penceritaan Ignis bersama Ravus ketika di bahagian 9 di dalam permainan asal Final Fantasy XV.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain sebagai Ignis di dalam Final Fantasy XV, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan DLC pernambahan ini. Ia akan dilancarkan pada 13 Disember ini dan anda boleh mendapatkanya dengan membeli pas musim Final Fantasy XV dengan harga RM100 ataupun membelinya secara berasingan dengan harga RM15.


TIPS & ULASAN