Skip to main content

Bersempena dengan siaran langsung Active Time Report yang berlangsung semalam, Square-Enix mengumumkan sebilangan kemaskini terbaru buat permainan Final Fantasy XV bersempena dengan ulang tahun pertama buat permainan tersebut.

Antara kemaskini terbaru yang menarik adalah keupayaan untuk menukar watak ketika pertempuran. Menariknya juga, keupayaan ini juga akan menukar bentuk permainan pertempuran Final Fantasy XV kepada bentuk permainan berdasarkan pernambahan DLC permainan tersebut.

Contohnya jika anda menukar watak daripada Noctis ke Prompto, bentuk permainan pertempuran akan menukar berdasarkan bentuk pertempuran di dalam pernambah DLC Episode Prompto dimana pemain berpeluang untuk menggunakan senjata api Prompto seperti di dalam DLC Episode Prompto.

Square-Enix juga mengumumkan kemaskini terbaru buat DLC mod multi-pemain bagi permainan Final Fantasy XV, Comrades dimana kemaskini tersebut akan membaiki sebilangan masalah di dalam permainan tersebut. Menurut pengarah permainan tersebut, Kazuya Takahashi, mereka juga bakal menyertakan watak-watak asal daripada permainan teras Final Fantasy XV seperti Noctis, Prompto, Ignis dan Gladio sebagai watak yang boleh dimainkan di mod multi-pemain Final Fantasy XV: Comrades tersebut.

Pada Paris Games Week 2017 bulan lepas juga, Square-Enix juga mengumumkan bahawa DLC pernambahan Episode Ignis akan dilancarkan pada 13 Disember ini. Kini, Square-Enix berkongsi lanjut berkenaan DLC pernambahan tersebut dimana DLC pernambahan tersebut boleh dihabiskan selama 1 hingga 2 jam jika anda bermain dengan fokuskan penceritaannya sahaja.

Square-Enix juga menyatakan setelah pemain menghabiskan DLC tersebut buat pertama kali, pemain berpeluang untuk bermain semula dengan pengakhiran yang berbeza disamping juga berpeluang untuk bertempur bersama Noctis. Menurut pengarah permainan tersebut, Takefumi Terada menyatakan bahawa DLC pernambahan Episode Ignis ini merupakan penceritaan yang paling padat pernah mereka bangunkan untuk segala DLC pernambahan bagi permainan Final Fantasy XV.

Hajime Tabata, pengarah permainan Final Fantasy XV juga tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan bersempena ulang tahun pertama permainan tersebut. Menurut Hajime Tabata, dimana mereka akan terus melancarkan pelbagai lagi kandungan baru bagi permainan Final Fantasy XV menjelang 2018 ini. Beliau juga menyatakan bahawa mereka bakal menlancarkan sekurang-kurangnya 3 lagi episod DLC pernambahan pada tahun hadapan bermula dengan Episode Ardyn.

Dengan perancangan ini, Hajime Tabata menyatakan beliau ingin membangunkan kandungan yang sempurna buat peminat dan beliau ingin menarik kembali peminat-peminat siri permainan Final Fantasy untuk kembali berminat dengan permainan tersebut.

Final Fantasy XV merupakan permainan RPG pengembaraan yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Perkembangan daripada permainan tersebut, menghasilkan Final Fantasy XV Universe dengan pelbagai media dan juga permainan-permainan tambahan lain seperti filem Kingsglaive: Final Fantasy XV, anime Brotherhood: Final Fantasy XV, Monster Of The Deep: Final Fantasy XV dan sebagainya. Square-Enix juga bakal melancarkan Final Fantasy XV: Windows Edition pada awal tahun 2018.

Leave a Reply