Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XV: Pocket Edition Diumumkan – Akan Hadir Ke Android Dan iOS

Final Fantasy XV: Pocket Edition Diumumkan – Akan Hadir Ke Android Dan iOS

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Nampaknya Square-Enix masih belum berhenti untuk mengeluarkan permainan-permainan berdasarkan Final Fantasy XV. Terkini, bersempena Gamescom 2017, Square-Enix mengumumkan permua Final Fantasy XV: Pocket Edition untuk iOS, Android dan juga PC.

Final Fantasy XV: Pocket Edition bakal mengandungi segala watak dan cerita asal dari permainan asalnya di konsol tetapi dengan kebebasan untuk bermain permainan tersebut di peranti mudah-alih anda pada bila-bila masa dan dimana jua. Dengan menggunakan seni dan rekaan yang lebih comel, Square-Enix berharap ia dapat menarik minat pemain kasual bersama pemain sedia ada untuk bermain dalam bentuk kawalan skrin sentuh. Permua ini bakal mengandungi 10 episod dimana episod pertama permua ini akan boleh dimuat-turun secara percuma apabila ia dilancarkan kelak.

Square-Enix masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran permua ini, tetapi mereka menyatakan ia akan dilancarkan sebelum penghujung tahun ini.