Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy XV: Monster Of The Deep Ditangguhkan – Bakal Dilancar 21 November Ini

Final Fantasy XV: Monster Of The Deep Ditangguhkan – Bakal Dilancar 21 November Ini

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Permainan memancing realiti-maya, Final Fantasy XV: Monster Of The Deep tampaknya menerima nasib seperti permainan asal Final Fantasy XV tahun lepas. Square-Enix kini mengumumkan permainan tersebut yang dirancangkan untuk dilancarkan pada September ini akan ditangguhkan sehingga 21 November ini.

Permainan memancing realiti-maya ini merupakan salah satu permainan yang dikembangkan melalui permainan Final Fantasy XV. Square-Enix juga mengumumkan mod tambahan seperti keupayaan untuk membuat watak tersendiri di dalam permainan ni dan juga mod multi-pemain.

Pada PSX 2017 SEA yang lepas, kami di Aksiz sempat mencuba permainan ini dan ia sememangnya sangat seronok untuk dimainkan. Kami percaya dengan penangguhan ini, Square-Enix bakal memperbaiki beberapa cacat-cela yang terdapat di permainan tersebut.

Bagi mereka yang membuat pra-tempahan untuk permainan ini pula, Square-Enix mengumumkan pakaian khas samurai akan disertakan bagi pembeli yang membuat pra-tempahan.