Informasi Permainan Video Terkini
Just Cause 4 Hadir Dengan Video Acah Lucu Aksi-Nyata
PC

Just Cause 4 Hadir Dengan Video Acah Lucu Aksi-Nyata

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Just Cause 4 adalah satu permainan dunia terbuka yang memfokuskan kepada watak Rico Rodriguez. Permainan ini kerap mengacah dengan pelbagai video acah. Bulan lepas, mereka hadir dengan video acah dengan format memanjang khusus untuk skrin ultra lebar. Terkini, mereka hadir dengan video acah aksi-nyata pula.

Video ini sedikit lucu, ia mengisahkan bagaimana musuh menceritakan nasib mereka kepada Gabriela Morales. Semua yang terjadi disebabkan oleh hanya satu individu dan individu yang mengakibatkan segala kekecohan buat musuh adalah Rico Rodriguez.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, di Malaysia terdapat edisi Gold yang boleh mula beli pada Disember kelak. Just Cause 4 akan hadir pada 4 Disember kelak buat platform Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN