Beberapa minggu lepas, Square Enix telah mempertontonkan video acah penceritaan buat permainan video Just Cause 4. Ia adalah satu permainan dunia terbuka yang memfokuskan kepada watak Rico Rodriguez. Terkini, Square Enix mempertontonkan video acah terbaru yang diterbitkan khas buat skrin ultra lebar – kerana videonya adalah dalam bentuk panorama.
Permainan ini juga adalah permainan jenis sandbox di mana pemain bebas untuk melakukan apa-apa sahaja dengan menggunakan bertempur dengan pelbagai senjata dan melakukan pelbagai jenis kemusnahan.
Permainan ini akan hadir pada 4 Disember kelak buat platform Playstation 4, Xbox One dan PC.