Skip to main content

Selain daripada permaian Kingdom Hearts 3, Square-Enix juga hari ini mengumumkan permainan Just Cause 4 di persidangan Xbox. Melalui persidangan tersebut, Square-Enix mempertonton trailer terbaru permainan tersebut.

Seperti permainan Just Cause sebelum ini, Just Cause 4 kali ini sekali lagi akan memfokuskan watak Rico Rodriguez dimana pemain akan mengawal beliau dan melakukan pelbagai jenis aksi lagak seperti berterbangan di kawasan bandar dan juga berdasarkan trailer diatas, Rico juga bakal menempuh puting beliung.

Bagi anda yang baru dengan permainan Just Cause, Just Cause 4 merupakan permainan ke-empat buat siri Just Cause yang dibangunkan Oleh Avalanche Studio. Permainan ini terkenal dengan bentuk dunia terbuka dan tahap kemusnahan yang bebas boleh dilakukan oleh pemain. Selain itu, permainan ini juga memberi kebebasan untuk pemain melakukan pelbagai gerak aksi dan menaiki pelbagai jenis kenderaan dari kereta, motosikal, kapal terbang dan juga kereta kebal.

Menurut Square-Enix, Just Cause 4 akan dilancarkan pada 4 Disember 2018 ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply