Informasi Permainan Video Terkini
Just Cause 4 Edisi Gold Dan Hari Pertama Diumumkan Buat Pasaran Malaysia
PC

Just Cause 4 Edisi Gold Dan Hari Pertama Diumumkan Buat Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada November 6, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan permainan Just Cause 4 buat pasaran Malaysia yang mana permainan tersebut akan dilancarkan pada 4 Disember ini di Playstation 4 dan Xbox One. Manakala bagi versi PC pula akan ianya bakal tiba 5 Disember melalui Steam.

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa edisi Gold bagi konsol Playstation 4 buat permainan tersebut yang mana ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Just Cause 4
  • Bekas besi
  • Pas musim
  • Kandungan Digital Deluxe
  • Pek DLC Golden Gear, Neon Racer dan Renegade

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi hari pertama yang mana juga ianya akan menyertakan pek DLC Renegade dan Neon Racer. Namun dari segi harga buat kedua-dua edisi tersebut, Bandai Namco masih belum berkongsikannya secara rasmi.

Seperti permainan Just Cause sebelum ini, Just Cause 4 kali ini sekali lagi akan memfokuskan watak Rico Rodriguez dimana pemain akan mengawal beliau dan melakukan pelbagai jenis aksi lagak seperti berterbangan di kawasan bandar. Permainan ini sememangnya terkenal dengan bentuk dunia terbuka dan pelbagai kemusnahan yang pemain boleh lakukan.

Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini menjelang Disember ini.


TIPS & ULASAN