Informasi Permainan Video Terkini
Minecraft: Story Mode Kini Boleh Dimainkan Di Netflix

Minecraft: Story Mode Kini Boleh Dimainkan Di Netflix

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Minecraft: Story Mode merupakan permainan yang dibangunkan serta diterbitkan oleh Telltale Games (di dalam kenangan) dan dikeluarkan pada tahun 2015.

Jun lepas, Netflix mengumumkan yang melalui kerjasama bersama dengan Telltale Games, mereka akan mengeluarkan permainan di Netflix berdasarkan siri Stranger Things dan Minecraft: Story Mode.

Kini, pemilik akaun Netflix boleh mula bermain permainan Minecraft: Story Mode melalui web, iOS, konsol dan TV pintar. Sokongan untuk Android masih tidak diumumkan lagi.

Secara keseluruhan permainan Minecraft: Story mempunyai 5 episod, di mana 3 episod pertama kini sudah boleh dimainkan dan 2 episod terakhir akan tiba pada 5 Disember ini. Ia adalah permainan yang sama dikeluarkan oleh Telltale sebelum ini, namun untuk versi Netflix, pemain hanya memilih dialog dan tidak mengawal watak.

Permainan ini merupakan permainan terakhir yang dibangunkan oleh Telltale Games selepas mereka membuang hampir 90% pekerja mereka. Pekerja yang masih ada di syarikat tersebut adalah yang terlibat membangun permainan Minecraft ini. Manakala untuk projek Stranger Things, Netflix sebelum ini mengumumkan yang mereka bakal mencari pembangun lain.

Netflix – Minecraft: Story Mode


TIPS & ULASAN