Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Sedang Mencari Pembangun Lain Untuk Permainan Stranger Things Menggantikan Telltale

Netflix Sedang Mencari Pembangun Lain Untuk Permainan Stranger Things Menggantikan Telltale

Diterbitkan pada Sep 25, 2018 oleh .

Lanjutan dari berita mengenai Telltale Games membuang hampir 90% pekerja mereka dan dalam proses untuk menutup studio tersebut, Netflix yang mempunyai dua projek bersama mereka iaitu Minecraft: Story Mode dan Stranger Things berkongsi status mengenai dua projek tersebut.

Netflix melalui kenyataan yang diberikan kepada Polygon mengatakan mereka bersedih dengan pengumuman oleh Telltale Games tersebut. Tambah mereka lagi untuk projek Minecraft: Story Mode iaitu permainan yang akan dimainkan melalui Netflix akan diteruskan oleh Telltale Games.

Manakala untuk projek yang dinanti ramai iaitu permainan berdasarkan siri Stranger Things, Netflix mengatakan mereka sedang mencari pilihan lain untuk terus menerbitkan permainan tersebut.

Di laporan lain, pihak pengurusan Telltale Games juga mengatakan yang mereka sedang mencari rakan kongsi untuk menyiapkan permainan The Walking Dead: Final Season. Permainan tersebut sebelum ini dikhuatiri akan dihentikan setakat episod 2 daripada 4 yang dirancang.


TIPS & ULASAN