Informasi Permainan Video Terkini
Telltale Games Akan Mengeluarkan Permainan Berdasarkan Siri Netflix Stranger Things

Telltale Games Akan Mengeluarkan Permainan Berdasarkan Siri Netflix Stranger Things

Diterbitkan pada June 14, 2018 oleh .

Jika disenaraikan siri Netflix terbaik, kami pasti banyak senarai akan menyertakan Stranger Things. Siri Netflix yang kini mempunyai musim kedua dan musim ketiga akan datang kini menerima penceritaan melalui medium yang baru.

Stranger Things

Netflix dan Telltale Games hari ini mengumumkan mereka akan bekerjasama untuk menghasilkan permainan berdasarkan siri Stranger Things. Ini bukanlah pertama kali Telltale Games menghasilkan permainan berdasarkan siri TV.

Mereka sebelum ini telah mengeluarkan permainan berdasarkan siri TV The Walking Dead dan juga Game of Thrones. Manakala Stranger Things juga sudah mempunyai permainan tetapi di dalam bentuk VR dan juga permua.

Netflix juga mengumumkan permainan Telltale Game iaitu Minecraft: Story Mode akan dikeluarkan di dalam Netflix. Berdasarkan laporan pemain akan mengawal menggunakan remote TV,

Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan Stranger Things walaupun kami boleh jangkakan mereka akan mengunakan watak lain dan bukanya watak dari siri TV sepertimana permainan The Walking Dead dan Game of Thrones.


TIPS & ULASAN