Skip to main content

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa studio pembangun permainan terkenal, Telltale Games akan ditutup dimana mereka menghadapi masalah kewangan termasuklah masalah dalaman.

Terkini, pelakon suara latar buat watak Clementine dari permainan The Walking Dead, iaitu Melissa Hutchison menyatakan melalui akaun rasmi Twitter beliau, bahawa baki episod-episod buat musim terakhir permainan tersebut mungkin tidak akan dilancarkan.

Menurut beliau, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, The Walking Dead – Final Season episod kedua akan dilancarkan secara biasa esok. Namun, beliau juga menyatakan baki-baki episod termasuklah pengakhiran buat permainan tersebut tidak akan dilancarkan secara rasmi akibat penutupan studio pembangun permainan tersebut. Sebelum ini, Telltale Games menyatakan episod tersebut akan dilancarkan secara berperingkat pada November dan Disember.

Melissa Hutchison juga menyatakan bahawa permainan The Wolf Among Us 2 juga tidak lagi akan dihasilkan dan beliau berasa sangat kesal atas kejadian ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih buat peminat atas segala sokongan dan kata-kata pendorong buat beliau.

Sememangnya ini merupakan berita yang menyedihkan dimana kami sendiri di Aksiz merancang untuk membuat ulasan buat permainan tersebut secara berperingkat mengikut episod. Kini tampaknya, kami mungkin tidak boleh memberi ulasan penuh buat permainan tersebut.

Walaupun begitu, buat masa ini pihak Telltale Games masih belum berkongsi sebarang kenyataan rasmi dan menurut mereka, sebarang pengumuman akan dikongsikan kelak dimana pastinya kami akan mengemaskininya setelah mereka mengumumkannya.

Leave a Reply