Permainan The Walking Dead: The Final Season oleh Telltale telah pun dilancarkan secara rasmi. Seperti permainan Telltale The Walking Dead lain, pada awal pelancaran – hanya episod pertama sahaja boleh dimainkan. Kini, melalui Twitter rasmi @telltalegames – mereka mengumumkan tarikh keluaran episod yang lain.
Totally NOT emotionally prepared for this tweet… But here you go. I present to thee, the release dates for the rest of the episodes of the final season of @telltalegames #TWD Play on my friends! Play on for #clementine ! 😩😢👾❤️👾🧟♀️🧟♂️😎☠️✌️ #ThankYou pic.twitter.com/QkzY1cl4x9
— Melissa Hutchison (@Melyhutch) August 15, 2018
Terdapat empat episod sahaja keseluruhan siri The Walking Dead: The Final Season. Episod pertama iaitu Done Running – telah pun dilancarkan pada 14 Ogos lepas. Episod-episod lain akan dikeluarkan pada 25 September, 6 November dan episod akhir adalah pada 18 December.
Kami sudah mencuba episod pertama dan mengambil masa 3 jam untuk menghabiskannya buat kali pertama. Kami juga akan mengeluarkan ulasan untuk episod pertama esok.