Informasi Permainan Video Terkini
PUBG 1.0 Buat Xbox One Akhirnya Tiba September Ini – Alat Kawalan Xbox One Edisi PUBG Diumumkan

PUBG 1.0 Buat Xbox One Akhirnya Tiba September Ini – Alat Kawalan Xbox One Edisi PUBG Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Tahun lepas, PUBG Corp melancarkan permainan permainan PUBG secara bentuk akses awal melalui Xbox Game Preview. Kini, permainan tersebut akhirnya meninggalkan akses awal tersebut dan dilancarkan secara rasmi sebagai versi 1.0 bermula 4 September ini.

Melalui versi 1.0 ini, PUBG Copr akan menyertakan sebilangan mod yang terdapat di PC sebelum ini seperti War Mode. Selain itu, peta kawasan Sanhok yang dilancarkan di PC sebelum ini juga akan disertakan melalui versi tersebut. Selain itu, mata wang permainan buat PUBG juga akan diperkenalkan dimana pemain boleh gunakan untuk membeli pas acara “Event Pass” buat peta Sanhok dan sebagainya.

Selain itu, sempena dengan pelancaran versi 1.0 tersebut juga, PUBG Corp juga akan menyertakan pelbagai kandungan khas bertemakan Xbox seperti pakaian dan sebagainya melalui pemain yang membeli edisi fizikal ataupun pemain yang mempunyai edisi Digital.

Menariknya juga, PUBG Corp dan Microsoft juga mengumumkan alat kawalan Xbox One khas rekaan PUBG akan dilancarkan pada 30 Oktober kelak. Alat kawalan tersebut mempunyai rekaan penyamaran digital bersama-sam dengan tema PUBG seperti bulatan biru dan juga Dpad berwarna emas.

PUBG merupakan permainan pertempuran royale yang dibangunkan oleh PUBG Corp dimana ianya telahpun dilancarkan di PC melalui Steam dan juga versi permua, PUBG Mobile buat peranti iOS dan Android. Bagi versi konsol, ianya hanyalah esklusif di Xbox One sahaja.


TIPS & ULASAN