PUBG yang masih antara permainan battle royale yang paling popular nampaknya mencuba mod yang baru untuk memberikan lebih variasi untuk pemain. Mod baru yang sedang dicuba oleh mereka adalah War Mode.
Berbeza dengan battle royale, war mode lebih kepada pertempuran secara terus di mana pemain yang sudah terbunuh atau dibunuh akan hidup kembali. Pasukan yang pertama mendapat 80 markah akan memenangi pertempuran tersebut.
Setiap pasukan (4 pemain sepasukan) akan mendapat markah berdasarkan aktiviti semasa pertempuran iaitu;
- DBNO: 1 Markah
- Menghidupakn kembali Rakan: 1 Markah
- Satu pasukan mati atau DBNO: -5 Markah
- Membunuh: 3 Markah
Setiap pemain akan diberikan SMG pada permulaan dan pemain yang mati akan dihidupkan kembali selepas 60 saat. Buat masa ini mod ini hanya boleh digunakan secara tertutup tetapi mereka berhajat untuk mengeluarkan mod ini sebagai acara masa terhad.
Mod permainan sebegini bukanlah sesuatu yang baru, jadi kami tidak pasti sama ada ia menjadi satu penambahan untuk PUBG akan tetapi sebagai acara masa terhad sudah semestinya sesuatu yang baik.