Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa watak Goku dan Vegeta Base yang mana ia merupakan watak DLC seterusnya buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ. Kini, Bandai Namco akhirnya berkongsi trailer terbaru buat kedua-dua watak tersebut.

Goku dan Vegeta Base merupakan watak asas buat kedua-dua watak tersebut yang mana serangan mereka akan memfokuskan serangan klasik Spirit Bomb dan Galick Gun. Rekaan kedua-dua watak tersebut juga adalah berdasarkan rekaan sewaktu mereka masih muda, iaitu sebelum mereka mempunyai kuasa Super Saiyan.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia telahpun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi versi Switch, ianya akan tiba pada 28 September ini. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.

Leave a Reply