Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa Goku Base dan Vegeta base merupakan watak DLC seterusnya buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ.
Goku dan Vegeta Base merupakan watak asas buat kedua-dua watak tersebut yang mana serangan mereka akan memfokuskan serangan klasik Spirit Bomb dan Galick Gun. Rekaan kedua-dua watak tersebut juga adalah berdasarkan rekaan sewaktu mereka masih muda, iaitu sebelum mereka mempunyai kuasa Super Saiyan.
Menurut Bandai Namco, kedua-dua watak tersebut akan dilancarkan pada awal Ogos ini. Sebelum ini, Bandai Namco juga telahpun melancarkan watak Vegito dan Zamasu pada Mei lepas.
Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia telahpun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.