Bandai Namco menyatakan bahawa permainan Dragon Ball FighterZ akan tiba di konsol Switch pada 28 September ini sebelum ini. Kini, dengan pelancaran permainan semakin hampir, Bandai Namco menyatakan bahawa mereka akan melancarkan beta terbuka buat permainan tersebut bermula Ogos ini.
ANNOUNCEMENT: The #NintendoSwitch Open Beta test for #DragonBallFighterZ is scheduled to start in August. The game will be released on September 28th with new local multiplayer features:
• 2v2 and 1v1 Match.
• Offline 6-player Party Match mode. pic.twitter.com/J2dMRagFXO— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) July 23, 2018
Selain itu, Bandai Namco juga menyatakan bahawa mereka akan memperkenalkan mod multi-pemain terbaru yang mana khas akan tiba buat konsol Switch iaitu dua lawan dua dan satu lawan satu. Menariknya, Bandai Namco juga akan menyertakan mod parti antara enam pemain.
Namun buat masa ini, informasi tambahan buat beta terbuka tersebut bersama tarikhnya masih belum diumumkan. Seperti biasa kami akan berkongsinya apabila Bandai Namco mengumumkannya.
Dragon Ball FighterZ sudah pun dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada awal tahun ini dan jika anda berminat untuk membaca ulasan kami, anda boleh berbuat demikian melalui pautan ini.


