Garena mengumumkan acara sambutan ulang tahun pertama bagi permainan HAIKYU!! FLY HIGH yang akan berlangsung bermula 22 Julai hingga 19 Ogos. Acara ini membawakan pelbagai ganjaran eksklusif, pengenalan watak SP baharu, serta mod permainan mini.

Menerusi acara utama ‘Make UR Wish’, pemain yang menyelesaikan cabaran khas diberikan peluang untuk memilih satu watak gred UR pilihan sendiri secara percuma. Dalam pada itu, acara ‘Clean Up the Gym’ membolehkan pemain menyempurnakan tugasan harian untuk mengumpul dan mendapatkan watak SP Hitoshi Ginjima, wing spiker dari Sekolah Tinggi Inarizaki.
Senarai watak permainan ini turut diperluaskan menerusi kehadiran dua watak gred SP edisi terhad dari Sekolah Tinggi Kamomedai:
- SP Korai Hoshiumi (Winter Sports) sebagai wing spiker.
- SP Sachiro Hirugami (Winter Sports) sebagai middle blocker.

Bagi pemain yang log masuk harian bermula 22 Julai hingga 5 Ogos, pelbagai ganjaran eksklusif ulang tahun disediakan termasuk Portrait Frames, Chat Frames, serta latar belakang khas yang menampilkan kombinasi watak Hinata & Kageyama dan Iwaizumi & Oikawa. Log masuk harian ini turut menyajikan SP Recruit Tickets, UR Recruit Tickets, dan UR Player Boost Cards.

Bagi aspek kandungan permainan, mod mini baharu bertajuk ‘Showdown! Midnight Treasure Hunt!’ diperkenalkan. Mod ini berlatarbelakangkan asrama kem latihan, di mana pemain perlu mencari barangan dan mengatasi pihak lawan sebelum masa yang ditetapkan tamat.
Permainan HAIKYU!! FLY HIGH boleh dimuat turun untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.


